F-101 Voodoo
F-101 Voodoo

F-101 Voodoo

McDonnell F-101 Voodoo merupakan sebuah pesawat pejuang berkelajuan supersonik yang diterbangkan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Udara Republik China. Asalnya, pesawat ini direka sebagai pesawat pengiring-pengebom jarak jauh (dikenali sebagai pejuang-penembus) oleh Perintah Udara Strategik, Voodoo juga digunakan untuk pelbagai fungsi-fungsi lain termasuk pesawat pemintas semua keadaan cuaca dengan Perintah Pertahanan Udara / Perintah Pertahanan Aeroangkasa, pejuang-pengebom dan peranan pengawasan foto dengan Perintah Udara Taktikal. Digunakan bersama-sama dengan pesawat U-2 milik Tentera Udara A.S dan RF-8 Crusader milik Tentera Laut Amerika Syarikat, versi pengawasan iaitu RF-101 telah memainkan peranan penting semasa Krisis Peluru Berpandu Cuba dan digunakan dengan ekstensif dalam Perang Vietnam. [3]